KEMUNCULAN semula Bianca Andreescu berakhir dengan kejutan dalam pusingan kedua Kejohanan Tenis Grand Slam Terbuka Australia selepas pilihan kelapan itu disingkirkan kepada pemain veteran, Hsieh Su-wei, sebentar tadi.

Andreescu menghadapi kejohanan pertamanya sejak Final WTA di Shenzhen pada 2019 -- masalah kecederaan dan kecergasan lutut menggugat karier bintang Kanada itu selepas kejayaannya dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) hampir dua tahun lalu.

Hasrat pemain berusia 20 tahun itu di Melbourne bagaimanapun tidak kesampaian apabila dikejutkan juara tiga Jelajah WTA berkenaan seawal pusingan kedua 6-3, 6-2.

Andreescu bergelut dalam kejohanan pertama yang disertainya itu Rod Laver Arena -- melakukan 25 kesilapan dalam tempon sejam pertarungan, dengan 23 minit darinya di bawah panas terik di Melbourne Park.

Kekalahan kepada pemain nombor 71 dunia berumur 35 tahun itu merupakan kekalahan terburuk Andreescu sejak tewas di tangan Catherine McNally (di ranking ke-628 dunia) pada 2018.

Hsieh kini mara ke suku akhir grand slam kelapannya dalam kariernya.